PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL (kayu jelutong)

Bahan Kayu Jelutong untuk Ukiran PSV 2014
Boleh didapati dari cikgu din (0179303919)
TUGASAN 9
BIDANG :
KRAF TRADISIONAL
TAJUK :
UKIRAN KAYU
PRODUK :
TABUNG DUIT
psv
Boleh di pos dg skynet ke seluruh Malaysia

Bantuan RM100 Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah 2014 Sumber: Bantuan RM100 Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah 2014

Bantuan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah 2014. Kerajaan dalam bajet 2014 tetap meneruskan bantuan sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bagi sesi persekolahan tahun 2014. Objektif utama bantuan sekolah 2014 ini adalah untuk meringan beban ibu bapa untuk persediaan anak ke sekolah pada awal tahun. Tarikh pemberian RM100 akan dimulakan pada bulan Januari 2014 secara berperingkat. Ini juga adalah tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut yang akan memanfaatkan kira-kira 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Bantuan RM100 Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah 2014

Cadangan ambil guru Bahasa Inggeris dari India perlu kajian mendalam – NUTP

22 Disember 2012

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kajian mendalam dilakukan berhubung cadangan mengambil guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar di negara ini.

Presidennya Hashim Adnan berkata perbincangan perlu dilakukan dengan pakar dalam bahasa itu bersama NUTP dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sebarang keputusan dibuat akan menguntungkan kerajaan.

“Kajian lebih mendalam perlu diatur supaya ia tidak menjadi kerugian di mana-mana pihak. Kedua, adalah lebih baik perbincangan dibuat dengan para profesor bahasa Inggeris di negara ini bersama kesatuan dan kementerian dan apa keputusan dibuat selepas itu sudah pasti akan menguntungkan kerajaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bercadang mengambil sejumlah guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa itu.

Najib yang berada di India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India selama dua hari bermula semalam, berkata cadangan itu sebagai tambahan kepada program yang dilaksanakan dengan Amerika Syarikat (AS), Yayasan Fullbright dan Suruhanjaya Amerika Syarikat Mengenai Pertukaran Pendidikan (MACEE) sebelum ini.

Di bawah program dengan AS itu, Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) dari negara itu ditempatkan di beberapa sekolah terpilih seluruh negara khususnya di luar bandar.

Hashim turut mencadangkan supaya guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara diambil bagi mengajar bahasa itu berikutan mereka dari budaya dan latar belakang sama serta mengetahui kaedah untuk mengajar pelajar Malaysia.

“Diharap (cadangan itu) tidak akan dilaksanakan kerana ia sangat merumitkan. Budak-budak akan menjadi bahan uji kaji dan ini tidak sihat kepada pelajar yang ingin mendapatkan pelajaran bahasa Inggeris daripada orang yang berlainan punca dan latar belakang,” katanya.

Beliau juga berkata adalah memadai dengan guru-guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat untuk mengajar bahasa itu di negara ini kerana jika dicampuradukkan, bukan sahaja menjadi beban kepada pelajar tetapi juga sistem pendidikan negara.

Bagaimanapun, katanya bayaran untuk memanggil guru-guru yang telah bersara untuk mengajar bahasa Inggeris juga perlu setimpal dengan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bahasa tersebut.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim pula mencadangkan supaya kerajaan mengambil guru bahasa Inggeris dari England jika kerajaan mempunyai peruntukan untuk mengambil guru dalam bahasa itu dari luar.

“Guru bahasa Inggeris Fullbright itu ok sebab Amerika Syarikat dan aksen mereka boleh terima, tetapi aksen orang dari India pekat. Kita rasa kalau betul nak membantu pelajar, jika bajet itu ada, kenapa kita tak ambil guru bahasa Inggeris dari England.

“Sebab kita dulu belajar bahasa Inggeris daripada orang Britain sebab itu kita berterusan macam ini,” katanya.

Beliau juga berkata jika kerajaan mahu mendapatkan kepakaran daripada negara berkenaan, adalah lebih baik guru dalam bidang sains dan matematik diambil berikutan itu adalah kepakaran mereka.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyambut baik cadangan tersebut berikutan sejarah awal pendidikan bahasa Inggeris di negara ini pada akhir abad ke-19 didominasi guru-guru dari India yang dibawa penjajah untuk mengajar di sekolah mubaligh dan sekolah bahasa Inggeris di negara ini.

“Daripada sejarah yang dilihat, mereka banyak memberi perkhidmatan dalam bidang pendidikan terutama ramai lepasan sekolah mubaligh menjadi pemimpin dan tokoh ternama negara. Sejarah telah lama berakar umbi di negara kita.

“Jika guru-guru dari India dibawa kembali, saya rasa tidak mendatangkan masalah kerana boleh membawa kebaikan berdasarkan sejarah yang dilihat dulu,” katanya.

Beliau berkata guru yang akan dibawa masuk juga adalah guru cemerlang dan bilangan guru di India adalah 10 kali ganda daripada bilangan guru di negara ini iaitu seramai 400,000 orang dan sudah tentu kementerian mempunyai banyak pilihan untuk memilih guru terbaik untuk mengajar di negara ini.

“Di India juga, sistem pendidikan mereka lebih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan sudah tentu dari segi kepakaran tidak timbul masalah.

“Jadi, atas sebab-sebab itu, saya rasa cadangan itu begitu baik untuk dilaksanakan pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pemuda Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai dalam kenyataannya berpendapat cadangan itu adalah langkah yang baik tetapi menegaskan terdapat beberapa masalah yang perlu ditangani sebelum pengambilan itu boleh dilakukan.

Beliau berkata antara masalah itu seperti perbezaan budaya dan sebutan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh pendidik dari luar negara ini mungkin sukar difahami oleh pelajar Malaysia.

“Berdasarkan pengalaman saya, membawa pendidik asing mengajar bahasa Inggeris ia adalah usaha yang baik, tetapi mereka mesti diberi taklimat tentang budaya tempatan dan tingkah laku pelajar.

“Sebagai contoh, sebahagian pensyarah Barat yang pernah mengajar di sini memberi komen pelajar Malaysia sangat pasif di dalam kelas kerana tidak bercakap. Tetapi mereka gagal menyedari bahawa pelajar Asia lazimnya kurang lantang berbanding pelajar Barat disebabkan hakikat bahawa pandangan pengajar harus dihormati dan tidak dicabar,” katanya.

Justeru katanya, malu atau takut diejek oleh rakan-rakan mereka adalah antara sebab mengapa mereka berbuat demikian.

“Bagaimanapun, langkah pengambilan tenaga pengajar asing tidak berpanjangan di masa depan kerana kosnya yang tinggi. Ia hanya sebagai langkah sementara.

Lebih ramai guru bahasa Inggeris harus dilatih untuk mengelak kita daripada terlalu bergantung kepada orang luar,” katanya. – Bernama

Kita Perlu Bersedia Dengan i-Think

To remain competitive in the world, Malaysia needs to embrace change and become an innovation economy.

To achieve our goal, the Ministry of Education & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) jointly created the i-THINK project.

i-THINK equips Malaysia’s next generation of innovators to think critically and be adaptable in preparation for the future.

The project helps schools impart thinking skills to students, allowing them to be lifelong learners; great at solving problems and coming up with creative solutions.

Agensi Inovasi Malaysia (AIM) is a statutory body set up by the Malaysian Government to drive and sustain progress for Malaysia by accelerating a culture of innovation.

Providing equal opportunities to quality education for all is the Ministry of Education’s primary focus. Malaysia’s educational goals are manifested in the National Educational Philosophy (NEP) with the ultimate aim of achieving the nation’s vision to prepare children to become knowledgeable and skilled individuals to meet the challenges of the 21st Century.

Emphasis is placed on science, technology and information technology, as well as inculcating good moral and work ethics. This remains the central focus pursuant to developing a world-class curriculum that will help
teachers, parents and children keep up with the accelerating pace of economic and technological changes.

Access, equity and quality education will ensure a progressive future for Malaysia, even in inaccessible areas. Under the 10th Malaysia Plan, new initiatives are further enhanced through the entire educational developmental lifecycle, from early childhood education to basic education and tertiary education and all the way to adult working lives. The National Key Result Areas (NKRAs) for education under the Government Transformation Programme (GTP) provide the roadmap with detailed objectives, outcomes and set of actions to address these challenges in our endeavours to ensure that quality education is available to all.

sumber: http://www.ithink.org.my/Home/Page/AboutUs

 

selamat hari guru untuk kita

Lagu Tema Hari Guru 2011:


GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM

Gaji Guru

petikan dari;

http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=350

Saya mengandaikan dan bersangka baik bahawa pada waktu sekarang ini, para guru khususnya sedang sibuk mengira gaji baru mereka. Suhu di kantin sekolah, bilik guru dan pejabat sekolah telah naik dan menjadi hangat kesan kenaikan gaji kakitangan awam, khususnya guru. Sambil-sambil kita mengira berapa gaji baru yang kita akan dapat dalam keadaan bersyukur kepada nikmat Allah, marilah kita study (bagi yang belum tahu), ulangkaji atau refresh sikit (bagi yang pernah tahu) apa yang para ulama bincangkan tentang gaji guru dan asal-usulnya. Berikut saya turunkan apa yang Hassan Langgulung, tokoh pendidikan yang tidak asing lagi, tuliskan dalam salah satu buku beliau. Semoga beroleh manfaat. Gaji Guru Ahli fikah berbeza pendapat mengenai penerimaan gaji dalam mengajarkan al-Qur’an. Setiap ahli fikah mempunyai pendapat yang menjadi pegangannya. Masalah ini menjadi perdebatan hangat kerana ia menyinggung soal al-Qur’an yang merupakan hal yang paling suci bagi kaum Muslimin. Oleh sebab itu al-Qabisi mengupas hal ini dengan panjang lebar dalam mengemukakan berbagai-bagai pandangan dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa guru itu boleh menerima gaji. Orang yang tidak mahu menerima gaji untuk mengajarkan al-Qur’an berpegang pada tiga alasan, iaitu: Pertama: al-Qur’an diajarkan kerana Allah, jadi tidaklah patut digaji orang yang mengajarkannya. Ini adalah alasan agama yang menuntut guru-guru bekerja di jalan Allah. Kedua: Pemimpin-pemimpin kaum Muslimin pada permulaan kebangkitan Islam, semuanya memerhatikan kepentingan kaum Muslimin. Tidak kedengaran mereka mengkhususkan guru-guru untuk mengajar anak-anak mereka di surau-surau (kuttab) dan mengambil harta Allah untuk menggaji guru-guru tersebut. Inilah alasan yang berasal dan tradisi yang diwarisi dan kebiasaan yang dikerjakan oleh Salaf Salih. Sedangkan amalan-amalan pemimpin kaum Muslimin dapat dijadikan alasan kepada orang lain dan termasuk salah satu dasar agama. Berdasarkan pada dua alasan inilah al-Ghazali mengharamkan gaji, beliau berkata fungsi kedua guru pembimbing (mursyid): “Hendaklah ia mengikut kepada pembawa Syara (Rasulullah s.a.w.), jadi tidaklah ia menuntut gaji kerana mengajarkan ilmu. Juga ia tidak mengharap balasan dan bersyukur, tetapi ia mengajar kerana Allah dan kerana ingin mendekatkan din kepada-Nya. Ia tidak menuntut pemberian dan mereka untuk dirinya. Walaupun pembenian itu harus bagi mereka,” hingga kata beliau: “Lihatlah kesudahan agama di tangan orang yang mengatakan bahawa mereka hermaksud mendekatkan din kepada Allah kerana mereka memiliki ilmu fikah dan kalam serta mengajarkan dua ilmu itu dan lain-lainnya lagi. Mereka menghabiskan harta dan pangkat serta menanggung kehinaan untuk melayani sultan-sultan untuk mencari pembahagian makanan. Alangkah hinanya seorang alim yang rela menerima kedudukan seperti ini. Kemudian ia merasa gembira dan tidak malu mengatakan bahawa maksudnya mengajar adalah untuk menyebarkan ilmu untuk mendekatkan din kepada Allah dan menolong agamanya.” (al-Ghazali, 1933: 49 50). Ketiga: Hadith tentang panah yang dianggap berasal dan Rasulullah s.a.w. Hadith ini perlu disebutkan di sini seperti yang dinyatakan oleh al-Qabisi: Dari ‘Ubadah bin alSamit katanya: ‘Aku telah mengajar orang membaca alQur’an. Seseorang antara mereka memberiku hadiah sebuah panah. Bukanlah harta, jadi dapat aku gunakan memanah di jalan Allah. Aku akan mendatangi Rasulullah dan menanyakan hal ini. Aku pun datang dan bertanya: Wahai Rasulullah seorang telah menghadiahiku sebuah panah dan orang yang telah kuajar membaca al-Qur’an, ia bukan harta dan dapat saya gunakan memanah di jalan Allah.’ Maka Nabi bersabda terjemahan: ‘jika engkau mahu ia menjadi kalung dari neraka maka terimalah’. Ibn Habib memberi ulasan Hadith ini, katanya: “Tafsir, Hadith ini adalah bahawa pada permulaan Islam, dan ketika itu al-Qur’an masih sedikit yang dihafaz, belum tersebar dan belum banyak dikenal orang. Jadi mendapatkan gaji dalam mengajarkan al-Qur’an pada waktu itu serupa dengan harga al-Qur’an itu. tetapi sesudah al-Qur’an tersebar dan dikenali orang, kemudian dituliskan dalam mashaf, dan mashaf-mashaf itu dibolehkan untuk orang jahil dan orang alim, untuk qari’ dan bukan qari’, tidak tersembunyi dan terhalang, tidak diwajibkan untuk suatu kaum tertentu saja, maka penggajian dalam mengajarkan al-Qur’an adalah penggajian kepada orang yang mengerjakannya, bukanlah harga al-Qur’an itu.” Jadi di sini Ibn Habib menggantikan masalah gaji terhadap mengajarkan al-Qur’an menjadi gaji untuk pekerjaan mengajar, jadi ia sudah bebas dan sangkaan bahawa gaji itu sebagai harga al-Qur’an. Ini tentu agak aneh kerana jika diandaikan gaji yang diperolehi oleh guru hanyalah sebagai pengganti waktu yang dipergunakannya dan tenaga yang dihabiskannya, ini tidak bererti yang diajarkannya itu adalah al-Qur’an dan itulah yang asal pada pengajaran itu. Al-Qabisi mempunyai pendirian yang bertentangan dengan pendirian Ibn Habib mengenai Hadith panah itu, kerana ia tidak menerima Hadith yang telah ditafsirkan oleh Ibn Habib di atas. Malahan al-Qabisi meragukan kesahihan Hadith tersebut dengan mengatakan: “Kalaulah Hadith mengenai panah itu sahih seperti yang disebutkan.” Orang yang membolehkan gaji berpegang pada Hadith-hadith Rasul juga. Antaranya adalah Hadith: “Yang paling patut kamu terima gaji kerananya adalah Kitab Allah (alQur’an).” Jadi gaji yang tercela adalah jika al-Qur’an dijadikan alat untuk mencari rezeki yang terdapat dalam Hadith: “Bacalah al-Qur’an, jangan kamu cari makan dengan itu, jangan kamu memperdengar-dengarkannya.” Jadi pemimpin-pemimpin kaum Muslimin tidak melihat bahaya dalam menerima gaji kerana mengajarkan al-Qur’an. Orang Islam telah mengikuti teladan itu dan membolehkan penerimaan gaji ini. Ini dinyatakan mengenai diri ‘Ata’ bin Rabah, al-Hasan al-Basri, dan ramai lagi pemimpin-pemimpin yang salih. Pendek kata al-Qabisi telah menghuraikan dengan panjang lebar tentang hubungan guru dengan murid bersangkutan dengan soal gaji. Dalam setiap kes yang dibahaskan ia mengeluarkan hukum berdasarkan kepada kebenaran, syara’, dan maslahat, untuk menyelesaikan perselisihan antara guru- guru dan orang tua kanak-kanak. Dengan demikian segala urusan akan beres dan segala sesuatu kembali ke jalan yang wajar. Al-Qabisi memandang kepada fakta, tidak kepada masalah ideal yang sukar dicapai. Dengan kata lain ia menginginkan seorang guru yang warak dan bertaqwa, ikhlas dalam pekerjaan agama, dan baik tingkah lakunya, bertindak sebagai bapa kepada murid-muridnya. Ia menyayangi, mengasihani, bijaksana terhadap menunjuki dalam hal-ehwal agama dan mengajar menghafaz al-Qur’an dan Sunnah Rasul kepada murid-muridnya untuk menjaga agar agama tidak dilupakan. Al-Qabisi tidak menghalang seorang guru menerima gaji untuk meneruskan hidupnya dan memenuhi tuntutan hidup sehari-hari. Ulasan: Sebenarnya pemberian gaji atau upah untuk guru, khususnya yang mengajar agama, tidak perlu timbul isu lagi. Kalaulah kita tidak kisah dan dengan senang hati boleh memberi gaji dan upah kepada guru yang mengajar ilmu-ilmu seperti matematik, sains, bahasa Inggeris, kenapa kita berasa payah dan berat hati untuk memberi upah kepada guru yang mengajar ilmu agama? Ataupun kita bersikap double standard dan mendiskriminasikan guru agama dengan memberi bayaran yang lebih sedikit daripada guru-guru lain. Kita sanggup bayar habis-habisan supaya anak pandai menari dan menyanyi, tetapi kedekut dan bakhil untuk anak pandai mengaji. Sebenarnya guru yang mengajar agama tidak kisah pun berapa banyak yang mereka dapat, kerana itu bukan tanggungjawab mereka. Kalau adapun, saya berharap, itu merupakan kes terpencil sahaja. Saya tidak mahu dimalukan oleh golongan minoriti seperti itu. Tanggungjawab seorang guru ialah mengajar dan bukan meminta (demand) manakala tanggungjawab seorang murid ialah belajar dan membayar upah kepada orang yang mengajarnya. Upah tersebut merupakan hak bagi guru. Jadi, persoalan di sini bukanlah lebih kepada hukum-hakam, tetapi lebih kepada sikap, adab dan memahami tanggungjawab dan hak masing-masing dalam menjayakan proses pendidikan.

http://www.mendidik.blogspot.com

Sukan Wajib

MARAN 21 Feb. – Kementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelajar akan diberi kredit atau markah bagi membuka peluang yang lebih cerah untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

Bagi tujuan itu, beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, satu jawatankuasa sementara ditubuhkan untuk mengkaji perkara tersebut yang membabitkan kurikulum dan aspek pemarkahan.

”Sekurang-kurangnya satu sukan wajib diambil oleh pelajar. Dasar ini telah lama ada tetapi ia kurang ditekan.

”Kita sedang mengkaji kurikulumnya dan sekurang-kurangnya tahun depan kita boleh mula tetapi mana-mana sekolah yang telah bersedia boleh bermula tahun ini. Kita perlu memperincikan jadual dan kurikulum bagi mengelakkan pertembungan antara akademik dan sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Teknologi Mara cawangan Jengka di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, pihaknya akan merombak Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran dengan menjadikan sukan sebagai bidang berasingan.

”Pada masa ini, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum kementerian melibatkan persatuan beruniform diletakkan dalam satu bahagian. Kita hendak buat rombakan iaitu kokurikulum dalam satu bahagian manakala sukan dalam pengkhususan lain,” jelasnya.

Sehubungan itu kata beliau, jawatankuasa sementara itu akan mengkaji pelbagai perkara termasuk kurikulum yang lebih lengkap, tenaga pengajar, jurulatih yang berkemahiran dan aspek promosi.

Menurut beliau, aktiviti sukan di sekolah juga akan dikaji supaya ia tidak hanya diadakan dalam tempoh dua tiga bulan pertama sesi persekolahan sebaliknya sepanjang tahun bagi menyemarakkan budaya bersukan.

”Kita hendak lahirkan lebih banyak guru sukan dan mengubah semula kalendar sukan tahunan.

Ketika ini, kalendar sukan tahunan dibuat dua tiga bulan selepas sekolah dibuka dan pada bulan Jun telah selesai dan selepas itu tidak ada diberi perhatian oleh pihak sekolah,” ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan juga sedang mengkaji untuk menambah peruntukan kepada sekolah-sekolah supaya hasrat itu menjadi kenyataan.

Utusan Malaysia Online: 22 Februari 2010

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.