Gaji Guru

petikan dari;

http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=350

Saya mengandaikan dan bersangka baik bahawa pada waktu sekarang ini, para guru khususnya sedang sibuk mengira gaji baru mereka. Suhu di kantin sekolah, bilik guru dan pejabat sekolah telah naik dan menjadi hangat kesan kenaikan gaji kakitangan awam, khususnya guru. Sambil-sambil kita mengira berapa gaji baru yang kita akan dapat dalam keadaan bersyukur kepada nikmat Allah, marilah kita study (bagi yang belum tahu), ulangkaji atau refresh sikit (bagi yang pernah tahu) apa yang para ulama bincangkan tentang gaji guru dan asal-usulnya. Berikut saya turunkan apa yang Hassan Langgulung, tokoh pendidikan yang tidak asing lagi, tuliskan dalam salah satu buku beliau. Semoga beroleh manfaat. Gaji Guru Ahli fikah berbeza pendapat mengenai penerimaan gaji dalam mengajarkan al-Qur’an. Setiap ahli fikah mempunyai pendapat yang menjadi pegangannya. Masalah ini menjadi perdebatan hangat kerana ia menyinggung soal al-Qur’an yang merupakan hal yang paling suci bagi kaum Muslimin. Oleh sebab itu al-Qabisi mengupas hal ini dengan panjang lebar dalam mengemukakan berbagai-bagai pandangan dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa guru itu boleh menerima gaji. Orang yang tidak mahu menerima gaji untuk mengajarkan al-Qur’an berpegang pada tiga alasan, iaitu: Pertama: al-Qur’an diajarkan kerana Allah, jadi tidaklah patut digaji orang yang mengajarkannya. Ini adalah alasan agama yang menuntut guru-guru bekerja di jalan Allah. Kedua: Pemimpin-pemimpin kaum Muslimin pada permulaan kebangkitan Islam, semuanya memerhatikan kepentingan kaum Muslimin. Tidak kedengaran mereka mengkhususkan guru-guru untuk mengajar anak-anak mereka di surau-surau (kuttab) dan mengambil harta Allah untuk menggaji guru-guru tersebut. Inilah alasan yang berasal dan tradisi yang diwarisi dan kebiasaan yang dikerjakan oleh Salaf Salih. Sedangkan amalan-amalan pemimpin kaum Muslimin dapat dijadikan alasan kepada orang lain dan termasuk salah satu dasar agama. Berdasarkan pada dua alasan inilah al-Ghazali mengharamkan gaji, beliau berkata fungsi kedua guru pembimbing (mursyid): “Hendaklah ia mengikut kepada pembawa Syara (Rasulullah s.a.w.), jadi tidaklah ia menuntut gaji kerana mengajarkan ilmu. Juga ia tidak mengharap balasan dan bersyukur, tetapi ia mengajar kerana Allah dan kerana ingin mendekatkan din kepada-Nya. Ia tidak menuntut pemberian dan mereka untuk dirinya. Walaupun pembenian itu harus bagi mereka,” hingga kata beliau: “Lihatlah kesudahan agama di tangan orang yang mengatakan bahawa mereka hermaksud mendekatkan din kepada Allah kerana mereka memiliki ilmu fikah dan kalam serta mengajarkan dua ilmu itu dan lain-lainnya lagi. Mereka menghabiskan harta dan pangkat serta menanggung kehinaan untuk melayani sultan-sultan untuk mencari pembahagian makanan. Alangkah hinanya seorang alim yang rela menerima kedudukan seperti ini. Kemudian ia merasa gembira dan tidak malu mengatakan bahawa maksudnya mengajar adalah untuk menyebarkan ilmu untuk mendekatkan din kepada Allah dan menolong agamanya.” (al-Ghazali, 1933: 49 50). Ketiga: Hadith tentang panah yang dianggap berasal dan Rasulullah s.a.w. Hadith ini perlu disebutkan di sini seperti yang dinyatakan oleh al-Qabisi: Dari ‘Ubadah bin alSamit katanya: ‘Aku telah mengajar orang membaca alQur’an. Seseorang antara mereka memberiku hadiah sebuah panah. Bukanlah harta, jadi dapat aku gunakan memanah di jalan Allah. Aku akan mendatangi Rasulullah dan menanyakan hal ini. Aku pun datang dan bertanya: Wahai Rasulullah seorang telah menghadiahiku sebuah panah dan orang yang telah kuajar membaca al-Qur’an, ia bukan harta dan dapat saya gunakan memanah di jalan Allah.’ Maka Nabi bersabda terjemahan: ‘jika engkau mahu ia menjadi kalung dari neraka maka terimalah’. Ibn Habib memberi ulasan Hadith ini, katanya: “Tafsir, Hadith ini adalah bahawa pada permulaan Islam, dan ketika itu al-Qur’an masih sedikit yang dihafaz, belum tersebar dan belum banyak dikenal orang. Jadi mendapatkan gaji dalam mengajarkan al-Qur’an pada waktu itu serupa dengan harga al-Qur’an itu. tetapi sesudah al-Qur’an tersebar dan dikenali orang, kemudian dituliskan dalam mashaf, dan mashaf-mashaf itu dibolehkan untuk orang jahil dan orang alim, untuk qari’ dan bukan qari’, tidak tersembunyi dan terhalang, tidak diwajibkan untuk suatu kaum tertentu saja, maka penggajian dalam mengajarkan al-Qur’an adalah penggajian kepada orang yang mengerjakannya, bukanlah harga al-Qur’an itu.” Jadi di sini Ibn Habib menggantikan masalah gaji terhadap mengajarkan al-Qur’an menjadi gaji untuk pekerjaan mengajar, jadi ia sudah bebas dan sangkaan bahawa gaji itu sebagai harga al-Qur’an. Ini tentu agak aneh kerana jika diandaikan gaji yang diperolehi oleh guru hanyalah sebagai pengganti waktu yang dipergunakannya dan tenaga yang dihabiskannya, ini tidak bererti yang diajarkannya itu adalah al-Qur’an dan itulah yang asal pada pengajaran itu. Al-Qabisi mempunyai pendirian yang bertentangan dengan pendirian Ibn Habib mengenai Hadith panah itu, kerana ia tidak menerima Hadith yang telah ditafsirkan oleh Ibn Habib di atas. Malahan al-Qabisi meragukan kesahihan Hadith tersebut dengan mengatakan: “Kalaulah Hadith mengenai panah itu sahih seperti yang disebutkan.” Orang yang membolehkan gaji berpegang pada Hadith-hadith Rasul juga. Antaranya adalah Hadith: “Yang paling patut kamu terima gaji kerananya adalah Kitab Allah (alQur’an).” Jadi gaji yang tercela adalah jika al-Qur’an dijadikan alat untuk mencari rezeki yang terdapat dalam Hadith: “Bacalah al-Qur’an, jangan kamu cari makan dengan itu, jangan kamu memperdengar-dengarkannya.” Jadi pemimpin-pemimpin kaum Muslimin tidak melihat bahaya dalam menerima gaji kerana mengajarkan al-Qur’an. Orang Islam telah mengikuti teladan itu dan membolehkan penerimaan gaji ini. Ini dinyatakan mengenai diri ‘Ata’ bin Rabah, al-Hasan al-Basri, dan ramai lagi pemimpin-pemimpin yang salih. Pendek kata al-Qabisi telah menghuraikan dengan panjang lebar tentang hubungan guru dengan murid bersangkutan dengan soal gaji. Dalam setiap kes yang dibahaskan ia mengeluarkan hukum berdasarkan kepada kebenaran, syara’, dan maslahat, untuk menyelesaikan perselisihan antara guru- guru dan orang tua kanak-kanak. Dengan demikian segala urusan akan beres dan segala sesuatu kembali ke jalan yang wajar. Al-Qabisi memandang kepada fakta, tidak kepada masalah ideal yang sukar dicapai. Dengan kata lain ia menginginkan seorang guru yang warak dan bertaqwa, ikhlas dalam pekerjaan agama, dan baik tingkah lakunya, bertindak sebagai bapa kepada murid-muridnya. Ia menyayangi, mengasihani, bijaksana terhadap menunjuki dalam hal-ehwal agama dan mengajar menghafaz al-Qur’an dan Sunnah Rasul kepada murid-muridnya untuk menjaga agar agama tidak dilupakan. Al-Qabisi tidak menghalang seorang guru menerima gaji untuk meneruskan hidupnya dan memenuhi tuntutan hidup sehari-hari. Ulasan: Sebenarnya pemberian gaji atau upah untuk guru, khususnya yang mengajar agama, tidak perlu timbul isu lagi. Kalaulah kita tidak kisah dan dengan senang hati boleh memberi gaji dan upah kepada guru yang mengajar ilmu-ilmu seperti matematik, sains, bahasa Inggeris, kenapa kita berasa payah dan berat hati untuk memberi upah kepada guru yang mengajar ilmu agama? Ataupun kita bersikap double standard dan mendiskriminasikan guru agama dengan memberi bayaran yang lebih sedikit daripada guru-guru lain. Kita sanggup bayar habis-habisan supaya anak pandai menari dan menyanyi, tetapi kedekut dan bakhil untuk anak pandai mengaji. Sebenarnya guru yang mengajar agama tidak kisah pun berapa banyak yang mereka dapat, kerana itu bukan tanggungjawab mereka. Kalau adapun, saya berharap, itu merupakan kes terpencil sahaja. Saya tidak mahu dimalukan oleh golongan minoriti seperti itu. Tanggungjawab seorang guru ialah mengajar dan bukan meminta (demand) manakala tanggungjawab seorang murid ialah belajar dan membayar upah kepada orang yang mengajarnya. Upah tersebut merupakan hak bagi guru. Jadi, persoalan di sini bukanlah lebih kepada hukum-hakam, tetapi lebih kepada sikap, adab dan memahami tanggungjawab dan hak masing-masing dalam menjayakan proses pendidikan.

http://www.mendidik.blogspot.com

4 Responses

  1. Salam…Harap tuan dpt link blog sekolah kami disini…SK Mukah, Sarawak. Jasa baik tuan amat2 dihargai…Terima Kasih.

  2. nice post….check it out blog saya

  3. thank banyak info dapat diperolehi

Leave a reply to SMK Mengkuang, Bukit Mertajam,P.Pinang Cancel reply